Saturday, March 5, 2016
KEKUATAN HUJJAH MAZHAB SYAFIE BATALNYA WUDHUK MENYENTUH ISTERI
#Artikel ini tidak bermaksud menolak perbezaan pandangan ulama' tentang batalnya wudhuk menyentuh isteri tetapi ia sebagai jawapan balas kepada tohmahan Wahhabi yang memperlecehkan pandangan mazhab Syafie dalam isu ini kononnya lemah dan tiada sandaran.
#Syahdan! Kita tidak mengatakan mereka Wahhabi ketikamana mereka memilih pandangan ulama lain tetapi kita katakan mereka Wahhabi ketikamana mereka membatalkan pandangan mazhab lain yang tidak selari dengan pegangan mereka.
#Hujjah yang terkuat di sisi mazhab syafie ialah pada ayat Al-Quran di bawah di mana di dalam ayat ini Allah menggunakan kedua-dua kalimah iaitu جنوبا yang bermaksud "bersetubuh" dan perkataan لمس dengan makna "sentuh". Jika dikatakan لمس diertikan dengan “bersetubuh” maka terjadilah percanggahan kalimah di dalam ayat.
#Perkataan لامس di dalam ayat ini tetap memberi makna hakiki (iaitu bersentuhan bukannya jima'). Di dalam kamus Al-Muhit juzu 2 halaman 249 menyebut : makna Lamasa ialah " Al-Jassu bi al-yad" iaitu menyentuh sesuatu dengan tangan. Dikuatkan lagi dengan ayat yang lain Allah berfirman;
Maksudnya: "Dan kalau Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) sebuah Kitab (yang bertulis) pada kertas, lalu mereka memegangnya Dengan tangan mereka, nescaya orang-orang Yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain, hanyalah sihir Yang terang nyata". {al-An'am ayat 7}
#Hadith Abdullah bin Umar didalam kitab Muwatha' juzu 1 halaman 65;
Maksudnya: Mengkhabarkan kepadaku oleh Yahya dari Malik dari Ibnu Syihab, dari Salim bin Abdillah dari bapanya Abdullah bin Umar, beliau berkata;
#Al-Nawawi mengatakan tentang hadits di atas : "Isnad ini sangat shahih sebagaimana kamu perhatikan. {Majmu’ Syarah al-Muhazzab}.
#Berkata Imam Ibnu Jarir Rahimahullah:
#Inilah tafsir dari Ibnu Mas’ud, Abu Ubaidah, Ibnu Umar, Said bin Jubeir, ‘Atha, Ibnu ‘Aun, Hammad. Rujukan : Imam Abu Ja’far bin Jarir Ath Thabari, Jami’ul Bayan fi Ta’wilil Quran, Juz. 8, Hal. 393-395. Al Maktabah Asy Syamilah.
#Jumhur ulama' menafsirkan mulamasah dalam ayat itu dengan jelas bermaksud bersentuh kulit.{Nailool Awthor 1/23}
#Mereka yang mengatakan tidak batal kerana berdalilkan Nabi mencium sebahagian isteri Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Hadith ini dhaif dan tidak boleh dijadikan hujjah. Kedhaifan tersebut diakui oleh Sufian As-Sauri, Yahya bin Sa'id Al-Qattani, Abu Bakar An-Naisabury, Abu Hassan Daruqtuny dan lain-lain ulama Muhadisin. Sehingga Imam Ahmad bin Hambal yang meriwayatkan hadis tersebut berkata : Bahawa Habib Ibnu Thabit yang meriwayatkan hadis ini telah tersalah dari hukum mencium orang berpuasa kepada mencium orang berwudhu' (lihat Majmu' juzu 2 halaman 32 dan Miizanul I'tidal oleh Az-Zahabi juzu 3 halaman 65)
#Adapun hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim yang menyatakan Nabi menolak kaki 'Aisyah dan Aisyah terpegang tumit Baginda dengan tangan. Hadith ini tidak jelas kerana ada kalimah yang boleh di "Ihtimal"kan (ditanggung maknanya) sepertimana pandangan Imam Nawawi iaitu kemungkinan berlapik dan kaki Aisyah berselimut. Maka kaedah fiqh menyebutkan;
#Bahkan terdapat riwayat yang menyokong seperti hadith Nabi riwayat Imam al-Thobrani ;
#Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibn Mas'ud RA dengan lafaz,"mencium (isteri) itu termasuk 'Lams' (menyentuh) dan hendaklah ia berwudhu'. Lamsu itu bukan jima'." {Nailool Awthor, 1/231}.
Sumber : Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
#Syahdan! Kita tidak mengatakan mereka Wahhabi ketikamana mereka memilih pandangan ulama lain tetapi kita katakan mereka Wahhabi ketikamana mereka membatalkan pandangan mazhab lain yang tidak selari dengan pegangan mereka.
#Berkata Imam Syafi’i : "Apabila seorang laki-laki memegang isterinya atau bersentuhan sebahagian tubuhnya dengan sebahagian tubuh isterinya, tanpa pengalas kain, dengan syahwat atau tidak dengan syahwat, maka wajib atasnya dan isterinya berwudhu’. {Al-Umm, Juz I, Hal 14}
#Hujjah yang terkuat di sisi mazhab syafie ialah pada ayat Al-Quran di bawah di mana di dalam ayat ini Allah menggunakan kedua-dua kalimah iaitu جنوبا yang bermaksud "bersetubuh" dan perkataan لمس dengan makna "sentuh". Jika dikatakan لمس diertikan dengan “bersetubuh” maka terjadilah percanggahan kalimah di dalam ayat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." {al-Nisa' : 43}#Perkataan لامس di dalam ayat ini tetap memberi makna hakiki (iaitu bersentuhan bukannya jima'). Di dalam kamus Al-Muhit juzu 2 halaman 249 menyebut : makna Lamasa ialah " Al-Jassu bi al-yad" iaitu menyentuh sesuatu dengan tangan. Dikuatkan lagi dengan ayat yang lain Allah berfirman;
Maksudnya: "Dan kalau Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) sebuah Kitab (yang bertulis) pada kertas, lalu mereka memegangnya Dengan tangan mereka, nescaya orang-orang Yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain, hanyalah sihir Yang terang nyata". {al-An'am ayat 7}
#Hadith Abdullah bin Umar didalam kitab Muwatha' juzu 1 halaman 65;
Maksudnya: Mengkhabarkan kepadaku oleh Yahya dari Malik dari Ibnu Syihab, dari Salim bin Abdillah dari bapanya Abdullah bin Umar, beliau berkata;
قبلة الرجل امرأته وجسه بيده من الملامسة فمن قبل امرأته أوجسها بيده فعليه الوضوء
"Ciuman laki-laki atas isterinya dan menyentuh ia dengan tangannya adalah termasuk mulamasah, maka barangsiapa mencium isterinya atau menyentuhnya dengan tangannya maka wajib ia berwudhu'.#Al-Nawawi mengatakan tentang hadits di atas : "Isnad ini sangat shahih sebagaimana kamu perhatikan. {Majmu’ Syarah al-Muhazzab}.
#Berkata Imam Ibnu Jarir Rahimahullah:
وقال آخرون: عنى الله بذلك كلَّ لمسٍ، بيدٍ كان أو بغيرها من أعضاء جسد الإنسان وأوجبوا الوضوءَ على من مسَّ بشيء من جسده شيئًا من جسدها مفضيًا إليه.
“Berkatalah ulama lainnya: makna ayat Allah tersebut adalah semua bentuk sentuhan, baik dengan tangan atau selainnya, dari anggota jasad manusia. Maka, wajiblah berwudhu bagi siapa saja yang anggota tubuhnya menyentuh isterinya.” Rujukan: Imam Abu Ja’far bin Jarir Ath Thabari, Jami’ul Bayan fi Ta’wilil Quran, Juz. 8, Hal. 392. Al Maktabah Asy Syamilah#Inilah tafsir dari Ibnu Mas’ud, Abu Ubaidah, Ibnu Umar, Said bin Jubeir, ‘Atha, Ibnu ‘Aun, Hammad. Rujukan : Imam Abu Ja’far bin Jarir Ath Thabari, Jami’ul Bayan fi Ta’wilil Quran, Juz. 8, Hal. 393-395. Al Maktabah Asy Syamilah.
#Jumhur ulama' menafsirkan mulamasah dalam ayat itu dengan jelas bermaksud bersentuh kulit.{Nailool Awthor 1/23}
#Mereka yang mengatakan tidak batal kerana berdalilkan Nabi mencium sebahagian isteri Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Hadith ini dhaif dan tidak boleh dijadikan hujjah. Kedhaifan tersebut diakui oleh Sufian As-Sauri, Yahya bin Sa'id Al-Qattani, Abu Bakar An-Naisabury, Abu Hassan Daruqtuny dan lain-lain ulama Muhadisin. Sehingga Imam Ahmad bin Hambal yang meriwayatkan hadis tersebut berkata : Bahawa Habib Ibnu Thabit yang meriwayatkan hadis ini telah tersalah dari hukum mencium orang berpuasa kepada mencium orang berwudhu' (lihat Majmu' juzu 2 halaman 32 dan Miizanul I'tidal oleh Az-Zahabi juzu 3 halaman 65)
#Adapun hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim yang menyatakan Nabi menolak kaki 'Aisyah dan Aisyah terpegang tumit Baginda dengan tangan. Hadith ini tidak jelas kerana ada kalimah yang boleh di "Ihtimal"kan (ditanggung maknanya) sepertimana pandangan Imam Nawawi iaitu kemungkinan berlapik dan kaki Aisyah berselimut. Maka kaedah fiqh menyebutkan;
الدليل اذا طرقه الاحتمال سقط به الاستدلال
" Dalil-dalil yang dihinggapi "Ihtimal" tidak boleh lagi dipakai menjadi dalil".#Bahkan terdapat riwayat yang menyokong seperti hadith Nabi riwayat Imam al-Thobrani ;
يتوضأ الرجل من المباشرة ومن اللمس بيده ومن القبلة
Berwudhulah lelaki kerana bergaul, bersentuhan dengan tangan dan kerana ciuman. {al-Mu'jam al-Kabir}.#Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibn Mas'ud RA dengan lafaz,"mencium (isteri) itu termasuk 'Lams' (menyentuh) dan hendaklah ia berwudhu'. Lamsu itu bukan jima'." {Nailool Awthor, 1/231}.
al-Syafie Mazhab,
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Usuluddin Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir
Sumber : Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Related Posts:
Fiqih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar: